Penyedia Katering & Pakej Perkahwinan Lengkap – Kedah & Pulau Pinang

PERSEMBAHAN

SILA AMBIL PERHATIAN!!!

** Pakej dibawah ini adalah merupakan ADD ON SERVICE untuk pelanggan yg membuat tempahan pakej katering perkahwinan sahaja.

** Pihak kami tidak ada menyediakan & menawarkan khidmat persembahan spt dibawah ini berasingan.

Khidmat kompang untuk sebarang majlis di kawasan Pulau Pinang dan Kedah.

ANDA MEMERLUKAN KHIDMAT PERSEMBAHAN DI MAJLIS ANDA? JANGAN RISAU…

Kini anda boleh menikmati POTONGAN HARGA ISTIMEWA untuk setiap tempahan pakej persembahan yg kami sediakan!! Buat tempahan pakej katering anda dari kami & pilihlah mana-mana persembahan yang anda perlukan & kami akan uruskannya untuk anda!!

SIAP BERSEDIA MEMBERIKAN KHIDMAT TERBAIK BUAT ANDA!

Sedikit pengenalan & introduksi berkenaan perkhidmatan yg kami tawarkan:

PAKEJ KOMPANG

Pakej Kompang Murah di Pulau Pinang

Pasukan Kompang di Pulau Pinang dan Kedah

APA YANG ANDA PERLU TAHU?

  • Khidmat Kompang yg kami tawarkan adalah berupakan sebuah pasukan beruniform yg terdiri dari remaja bawah 20 tahun.
  • Pasukan Kompang akan tiba di tempat majlis 30 – 15 minit sebelum majlis bermula.
  • Pasukan Kompang akan berarak bersama pasangan pengantin dan memainkan kompang sehingga ke tempat persandingan.
  • Setelah pengantin duduk bersanding Pasukan Kompang akan memainkan antara 2 – 4 lagu (ikut kesesuaian) bagi mengalu-alukan ketibaan pengantin.
  • Pengantin bergambar bersama keluarga di tempat persandingan & seterusnya akan Makan Beradab.

PAKEJ SILAT

  • Pasukan silat terdiri dari 10-12 org lengkap bersama alatan muzik.
  • Pasukan silat akan mengiringi pengantin ke tempat persandingan disertai dgn alunan muzik gendang & serunai.
  • Persembahan silat akan bermula sejurus selepas pasangan pengantin duduk bersanding & diiringi dgn alunan muzik oleh ahli kumpulan.
  • Persembahan akan mengambil masa sehingga maksimum 30 minit.
  • Persembahan silat boleh dibuat sama ada tanpa senjata atau dgn senjata (hanya utk persembahan shj)

PAKEJ 2 IN 1 ( KOMPANG & SILAT )

Persembahan 2 dalam 1 ini adalah sesuai bagi mereka yg inginkan sesuatu yg lebih ringkas tetapi cukup menarik!! Kumpulan ini adalah berbeza dari kumpulan silat & kompang diatas. Pasukan terdiri dari 15-16 org ahli lengkap beruniform.

Kompang

Menyambut pengantin/ tetamu kehormat dengan paluan kompang, mengiringi persembahan kumpulan silat (bunga) dengan paluan kompang serta salawat. Mengiringi pengantin ke atas pelamin dengan kompang.

Silat

Kumpulan silat menjadi barisan hadapan mengiringi pengantin & membawa pengantin dengan adat istiadat (seorang ketua panglima/ bentera di depan) diiringi dengan 1-3 orang panglima. Persembahan silat akan dimulakan sejurus selepas pengantin duduk bersanding yg akan mengambil masa sehingga 10 minit.

PAKEJ GAMELAN

  • Tempahan adalah diterima untuk kawasan Perak Utara, Pulau Pinang (seberang) & Selatan Kedah sahaja.
  • Pasukan Gamelan terdiri daripada 5 – 6 org pemain muzik gamelan profesional lengkap beruniform.
  • Persembahan gamelan akan mengambil masa selama dari minimum 30 minit sehingga maksimum 4 jam sahaja mengikut keperluan anda.
  • Untuk tempahan di kawasan PULAU & luar kawasan caj tambahan sebanyak minimum RM200 akan dikenakan mengikut lokasi majlis anda.

 

Team Gamelan

Alunan muzik tradisi yg memukau yg memberikan satu pengalaman manis untuk majlis perkahwinan anda!!!

PAKEJ MARHABAN, ZANJI, SELAWAT & QASIDAH

Acara dimulakan dengan bacaan tahlil, berzanji, marhaban dan diselangi dengan selawat, kemudian diakhiri dengan bacaan doa selamat. Majlis ini diadakan di rumah pengantin lelaki/perempuan pada hari akad nikah/hari kenduri (sebelah pagi/malam). Ahli adalah seramai 12-15 orang.

PAKEJ TARIAN TRADISIONAL

Anda memerlukan satu persembahan hebat yg dapat memberikan satu kelainan pada majlis anda? Tidak kira apa jua majlis anda, penari-penari profesional kami bersedia memberikan persembahan terbaik buat majlis anda. Kumpulan terdiri dari 3 – 4 pasangan lelaki & perempuan lengkap dgn pakaian tradisonal. Penari akan menghiburkan anda dgn 3-4 tarian bagi satu-satu majlis dgn pelbagai tarian pilihan.

PAKEJ LIVE BAND

Mahukan majlis anda disensasikan dgn alunan muzik secara live? Pastinya majlis anda akan menjadi satu majlis yg istimewa & penuh ceria. Dapatkan hari ini sebutharga dari kami untuk persembahan secara live di majlis anda! Live band terdiri dari beberapa kumpulan yg berpengalaman luas dan telah pun banyak membuat persembahan.

 

TERMA & SYARAT

  • Pakej persembahan diatas hanya disediakan sebagai ADD ON SERVICE untuk pelanggan yg telah pun membuat tempahan pakej katering.
  • Semua tempahan perlu disertakan dengan maklumat lengkap alamat majlis yang jelas beserta waktu ketibaan pengantin bagi memudahkan pihak kami tiba pada waktu yg ditetapkan.
  • Pakej persembahan yg diinginkan adalah bergantung kepada kekosongan tarikh.  
  • Potongan harga yg diberikan adalah berbeza bergantung kepada pakej katering yg dipilih.

 

Untuk pertanyaan & maklumat lanjut sila hubungi : 012-254 9595

ATAU

Gunakan borang yang disediakan DISINI.

Comments on: "PERSEMBAHAN" (10)

  1. Salam. saya sedang mencari kompang & gamelan team.. urgent sebab event dah dekat. Detail seperti dibawah.

    Tarikh : 2 september 2015
    Masa : 8 AM
    Tempat : Hotel Equatorial Penang
    Tempahan : Kompang dan Bunga Manggar untuk mengiringi vip ke dalam dewan

    Untuk Majlis Perasmian, Pembukaan dan Menyambut VIP

  2. Brape harga utk main gamelan or gendang??

  3. salam. brapa charge utk pakej berzanji, silat & live band utk majlis di taiping pd mac 2015?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: