Penyedia Katering & Pakej Perkahwinan Lengkap – Kedah & Pulau Pinang

Wow!! Dapat RM100,000?? Betulke ni?

Terima kasih diucapkan kepada anda sekiranya anda masih berada disini & membaca apa yg ingin disampaikan seterusnya.

Buat bakal-bakal pelanggan yang dihormati sekelian,

Bermula bulan Januari 2013 ini,  pihak syarikat, Sri Gamelan Enterprise akan memberikan kepada anda secara PERCUMA Perlindungan Insuran Kemalangan Diri (P.A Insurance)  bernilai sehingga RM100,000 untuk tempoh 1 tahun bagi setiap tempahan pakej katering 2013 yang diterima. (Pelan perlindungan disediakan oleh Takaful Malaysia & MAA Takaful)

FREE PA INSURANCE

MENGAPA INSURANS KEMALANGAN DIRI?

Kita telah sedia maklum, untuk melangsungkan perkahwinan sememangnya memerlukan perbelanjaan yang agak banyak. Kita terpaksa mengumpul wang selama bertahun-tahun, terpaksa bekerja lebih masa & ada juga yang terpaksa meminjam. Bukan semua orang yang dilahirkan berharta & kaya raya..betul?

Jadi bayangkanlah..bayangkan sekiranya sesuatu yang buruk terjadi ke atas diri anda samada semasa anda hanya menunggu hari untuk pernikahan atau juga selepas hari majlis persandingan anda. Bayangkanlah jika anda tercedera diragut selepas anda keluarkan duit untuk membeli barang hantaran..bagaimana pula sekiranya 6 bulan selepas majlis, anda kemalangan sewaktu pulang dari kerja & terpaksa dimasukkan ke hospital. Wang telah pun banyak dihabiskan untuk majlis..kos rawatan pula memerlukan belanja yang tinggi! Di mana anda nak cari duit nak menanggung semua kos ini? Mungkin adik beradik kita, saudara-mara atau kawan-kawan boleh membantu..tetapi perlukah kita menyusahkan mereka?

Kena ragut

Atas dasar tersebut pihak syarikat, Sri Gamelan Enterprise kini menawarkan insuran kemalangan diri percuma selama 1 tahun buat semua pelanggan yang menempah pakej katering 2013 bermula Januari 2013. Kami di Sri Gamelan sentiasa berusaha untuk memastikan anda memperolehi hanya yang terbaik & setiap pelaburan yang anda keluarkan adalah lebih berbaloi-baloi!

1 TAHUN PERLINDUNGAN

Sememangnya kita tak pernah menginginkan untuk terjadinya perkara yg tak diingini terhadap diri kita..tetapi adakah kita telah mengambil langkah persediaan untuk menghadapinya?

Sediakan payung sebelum hujan!

Kami di Sri Gamelan bukan hanya memastikan anda mendapat layanan & makanan yang terbaik tetapi kami juga berusaha untuk memastikan anda mendapat perlindungan sewajarnya demi keselamatan diri & juga wang anda! Tempoh 1 tahun adalah cukup buat anda untuk menyesuaikan diri dengan alam berumahtangga seterusnya mengaturkan semula jadual perbelanjaan anda.

Perlindungan insurans

Selepas tamat tempoh 1 tahun ianya adalah terpulang kepada anda sekiranya ingin memperbaharui tempoh perlindungan atau tidak..yang penting kami berikan kepada anda secara PERCUMA UNTUK TEMPOH 1 TAHUN!!

MANFAAT YANG AKAN ANDA PEROLEHI

Perlindungan komprehensif dengan perlindungan 24 jam di seluruh dunia.

Kematian Akibat Kemalangan dan / atau Hilang Upaya Kekal
Sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan dan / atau hilang upaya kekal, jumlah perlindungan sebagaimana mengikut penyertaan pelan yang telah dipilih akan dibayar.

Perbelanjaan Penghantaran pulang
Sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan di luar Malaysia, bayaran maksimum RM 3,000 untuk perbelanjaan penghantaran pulang ke Malaysia akan diberi.

Perbelanjaan Pengkebumian
Jika berlaku kematian akibat kemalangan, belanja kebumi sehingga RM3,000 akan dibayar kepada waris terdekat.

Manfaat mingguan untuk hilang upaya menyeluruh sementara
Sekiranya hilang upaya menyeluruh sementara menyebabkan anda tidak mampu untuk melakukan pekerjaan atau perniagaan seperti biasa, manfaat mingguan akan dibayar selama maksimum 26 minggu.

Pebelanjaan Perubatan
Sekiranya terdapat perbelanjaan perubatan, pembedahan, hospital, rumah jagaan atau fisioterapi yang berkaitan kecederaan tubuh badan, perbelanjaan tersebut akan dibayar mengikut bil sehingga maksimum mengikut pelan yang diambil.

Pendapatan harian hospital
Sekiranya anda dimasukkan kemana-mana wad hospital kerajaan atau swasta, pendapatan harian hospital akan dibayar sehingga maksimum 30 hari daripada tarikh kemalangan tersebut.

Bayaran ambulan
Bayaran balik untuk kos ambulan yang ditanggung akibat dari kemalangan, maks sehingga RM200 dari setiap kemalangan.

Kecederaan akibat diragut
Manfaat dalam bentuk wang tunai akan dibayar sekiranya berlaku kecederaan akibat diragut sehingga jumlah maksima sebagaimana dalam pelan yang diambil. (disahkan dengan laporan polis).

Pembelian alat ortopedik
Sekiranya perlu membeli sebarang alat ortopedik akibat kemalangan, bayaran balik sehingga jumlah maksimum pelan yang diambil.

JADUAL MANFAAT YANG BAKAL ANDA PEROLEHI

Insurance Benefits

Jadi..tunggu apa lagi? Tempahlah pakej katering anda dari kami hari ini & dapatkan pelbagai ganjaran yang disediakan khas buat anda! Keistimewaan ini hanya terdapat di Sri Gamelan Catering..jangan lepaskan peluang ini & bertukarlah kepada satu pilihan yang lebih bijak . Di Sri Gamelan kami lebih memahami masalah anda!

PAKEJ KATERING 2013 KLIK DISINI

FREE PA INSURANCE

LEBIH PILIHAN..LEBIH NILAI..LEBIH BERBALOI!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: