Penyedia Katering & Pakej Perkahwinan Lengkap – Kedah & Pulau Pinang

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa perlu nak bayar katering guna emas? Betulke boleh bayar katering guna emas? Apa kelebihan yg saya dapat? Artikel ini ditujukan khas bagi mereka yang ingin merancang untuk berkahwin dalam tempoh 1 – 10 tahun akan datang.🙂

Sebenarnya banyak kelebihannya cik kiahhh..!! Emas adalah KALIS INFLASI..tak seperti wang fiat atau wang RM kita. Kalo dulu tahun 1982 dgn wang RM1.00 kita boleh dapat 5 biji kuih..sekarang pada tahun 2012 ni dgn RM1.00 berapa biji kuih je yg kita boleh dapat? Cuba fikir jap..nampak tak gambarannya kat situ?

Ok..cuba kita tukarkan keadaannya kepada perbelanjaan perkahwinan pada masa sekarang pulak..berapa? Kurang-kurang RM10,000 kalau nak kahwin..betul tak? Cuba tanya mak & bapak kita pulak..tahun 1982 dulu berapa agaknya kos nak kahwin? Lepas tu cuba kita tengok pulak kalau lagi 3 tahun akan datang? 5 tahun? 10 tahun? 20 tahun? Nak dikatakan gaji kita semakin bertambah-tambah mengikut tahun tak jugak..Jadi bagaimana nasib generasi anak muda akan datang? Bukan semuanya berkemampuan..bukan senang wooo nak kumpul RM10,000 pun! Bayangkanlah kalau di masa akan datang kos perbelanjaan makin meningkat..nak kahwin duit pulak tak cukup..agak-agaknya makin banyak tak kes anak luar nikah nanti?  Ishh..tak nakla nak cerita lebih-lebih sangat..mudah-mudahan kita dijauhkan dari perkara tu semua..kita cubalah renung-renungkan ye?

Jadi..apa yang patut saya buat? apa yang patut kita buat? Di atas kesedaran inilah pihak kami di SRI GAMELAN ENTERPRISE ingin mengajak anda semua untuk menukar cara anda berbelanja & menyimpan. Gunakanlah Emas & Perak sebagai simpanan masa hadapan anda. Ok..cuba anda kaji semula ye..pada tahun 1980an dulu berapa harga emas untuk 1 gram? kemudian berapa pula harga pada tahun 1990an..dan hari ini cuba anda periksa pula berapakah harga emas semasa terkini?

Carta Kenaikan Emas Dalam Tempoh 10 Tahun

Woww..kenaikan 511%!! Bayangkan sekiranya anda beli emas pada tahun 2002 dgn harga RM80 contohnya..dan pd tahun 2012 pula cuba anda kira semula berapa untung yg anda dapat dgn kenaikan sebanyak 511% tu..jawapannya adalah sebanyak RM328.80. Kenapa? kerana pada tahun 2012 harga emas yang anda beli sebanyak RM80 tu dah jadi RM408.80!! Hmm..kalau anda beli RM8000 tahun 2002 tu agaknya berapa untung anda ye? Nak kahwin 2 sekali pun boleh kot? haha..(gurau-gurau je ok)

Ok..untuk makluman anda pada jam 12.30 pagi, 18/5/2012 harga emas 916 (22k series) adalah sebanyak RM163.19 (Rujukan di Public Gold). Harga di FGJAM tiada update terkini. Satu angka yang agak menurun jika dibandingkan dengan bulan lepas dan sekarang ini adalah merupakan masa yg dirasakan sesuai untuk membuat pembelian emas. Walaubagaimanapun sekiranya anda atau sesiapa jua yg membaca artikel ini semula pada 18/5/2022 sila buatkan satu catatan dan lihat sendiri perbandingan harganya..ok? Adakah harganya masih sama, bertambah atau berkurang?

Harus diingatkan ye..bahawa menyimpan emas ni tidak boleh menyebabkan ANDA KAYA SERTA MERTA!! Ini bukannya SKIM CEPAT KAYA!! Sekiranya anda membeli emas dengan niat ingin kaya serta merta..silalah buang jauh-jauh niat anda itu. Menyimpan emas adalah sebagai pelaburan jangka panjang bagi menggantikan wang RM kita  yang semakin lama semakin mengecil nilainya. Emas boleh digunakan apabila anda mengalami kesusahan contohnya..ia boleh diguna dimana-mana sahaja di seluruh pelusuk dunia tidak seperti wang kertas kita! 

Oleh itu, di Sri Gamelan kami telahpun mula mengambil langkah untuk menerima kaedah pembayaran alternatif menggunakan Emas & Perak. (Hanya dgn produk emas dr syarikat yg diiktiraf kami sahaja) Anda boleh menempah pakej katering dari kami & membuat pembayaran menggunakan emas! Pada masa kini terdapat pelbagai bentuk emas yang dikeluarkan dan antara yang popular adalah Dinar Emas, Bar Emas (Goldbar), Dirham Perak & Bar Perak (Silverbar). Di Kelantan kaedah jual beli menggunakan Dinar & Dirham sudah pun dipraktikkan & terdapat banyak lagi pasar-pasar di seluruh Malaysia yg diwujudkan dan menggunakan transaksi emas serta perak ini.

Jadi, adalah dinasihatkan bagi mereka yang ada perancangan untuk berkahwin dalam tempoh 1 – 10 tahun akan datang, anda bolehlah cuba-cuba untuk mula menyimpan emas & perak ini sebagai salah satu simpanan berharga anda. Saya yakin dalam tempoh 2-5 tahun akan datang kos perbelanjaan perkahwinan terutamanya katering pastinya akan semakin meningkat..jadi ini adalah salah satu cara terbaik yg dapat anda lakukan dari sekarang bagi membantu wang RM anda yg semakin mengecil nilainya saban hari! Anda tidak perlulah membeli dengan jumlah yg banyak sekadar 1 gram sebulan pun sudah memadai. Sekiranya ada wang lebih boleh cuba untuk membeli dalam kuantiti yg lebih besar seperti 10 gram atau 20 gram..terpulang kepada anda untuk menentukannya.

EMAS BOLEH DI GUNA SEBAGAI MAS KAHWIN ATAU HANTARAN KAHWIN!

Sri Gamelan Katering terima emas sebagai bayaran

Oleh itu, sebagai langkah pengenalan & tawaran promosi pada bulan ini pihak syarikat dengan sukacitanya ada menawarkan hadiah PERCUMA berupakan 1 gram Emas (Goldbar) 24k ketulinan 999.9 beserta sijil yg disahkan oleh Assayer bagi mereka yang membuat tempahan pakej katering dalam bulan Mei ini selain dari pakej percutian yg disediakan. KLIK PAKEJ KATERING RAJA SEHARI untuk melihat promosi katering kali ini. Pihak syarikat juga ada menjual produk emas 1 gram, 5 gram, 10 gram & 20 gram sekiranya ada yg berminat untuk membeli & menjadikannya sebagai hantaran atau mas kahwin!

Jadi..tunggu apa lagi? Mulakan simpanan emas dan perak anda hari ini! Jadikan ia sebagai simpanan kalis inflasi anda yang pastinya berguna di masa akan datang! Anda tidak akan tahu..bak kata pepatah orang tua-tua – Sediakan payung sebelum hujan!

Bagi mereka yang ada perancangan untuk berkahwin dalam tempoh 1-2 tahun ini dan berminat untuk mengetahui bagaimana anda boleh menjimatkan kos perbelanjaan katering anda dengan menggunakan emas sebagai medium pembayaran..silalah berhubung dgn kami! Kami akan cuba membantu untuk menyelesaikan masalah anda.

TIPS EMAS

  • Belajar & dapatkan ilmu emas dari mereka yang lebih arif
  • Ketahui hukum-hukum yg ada dari segi agama Islam berkenaan emas
  • Emas perlu dizakatkan apabila mencapai tempoh tertentu dalam kuantiti yg tertentu.
  • Elakkan dari menyertai Skim Pelaburan ala skim cepat kaya yang menggunakan emas
  • Pastikan anda membeli emas tulin yang disahkan Assayer dan bukannya emas celup

PROMOSI HANGAT BULAN MEI 2012!!! KLIK SINI!!!

Pakej Katering Halal Yang Berkualiti & Enak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: