Penyedia Katering & Pakej Perkahwinan Lengkap – Kedah & Pulau Pinang

PROMOSI 2012!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Buat pelanggan-pelanggan yang kami hormati, pihak kami akan mula beroperasi sepenuhnya dibawah satu bumbung mulai bulan Mac 2012 ini. Anda tak perlu lagi bersusah payah untuk kesana sini mencari keperluan majlis perkahwinan nanti..biarlah kami yang uruskan segala masalah anda!

Sekiranya anda belum tahu siapa kami eloklah lawat kami DISINI

Bersempena dengan pelancaran identiti baru ini, insyallah pada bulan Mac ini kita merancang untuk melancarkan pelbagai promosi-promosi hebat samada untuk Pakej Katering, Pakej Pelamin, Kanopi, Audio, Fotografi dan sebagainya. Jadi masih ada beberapa hari lagi untuk warga kerja kami membuat persediaan memandangkaan salah seorang peneraju utama dari JALINAN MESRA PENGANTIN kini sedang berada di Mekah menunaikan umrah & akan kembali ke tanah air dijangka pada awal Mac ini.

Bagi mereka yang telah mengisi borang untuk mendapatkan sebutharga pihak kami memohon ampun & maaf sekiranya kami sedikit terlewat untuk memberi maklumbalas semula. Namun ini hanyalah masalah sementara yang akan diselesaikan secepat mungkin. Kami sememangnya amat-amatlah menghargai segala sokongan & juga kerjasama anda semua.

Oleh itu, bagi mereka yang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2012 ini janganlah ketinggalan untuk mendapatkan pakej-pakej hebat yang kami sediakan & juga tawaran promosi dengan kadar harga terbaik yang akan kami adakan dari masa ke semasa. Semua warga kerja di Istana Pengantin akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan kualiti perkhidmatan & juga sajian yg terbaik untuk majlis perkahwinan anda nanti!

Tidak lupa juga kepada jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat korporat & juga individu yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan katering dari kami, sememangnya kami bersedia untuk memberikan khidmat buat anda semua! Semua pakej katering akan diuruskan oleh SRI GAMELAN ENTERPRISE.

Akhir kata, semoga dengan kekuatan baru ini kami dapat memberikan khidmat yang terbaik buat semua pelanggan kami nanti. Sekiranya ada kesilapan dari pihak kami di dalam ini, kami mohon anda semua tidak malu untuk menegur. Kami amat-amatlah menghargai segala nasihat & teguran membina dari anda semua. Semoga berjumpa lagi nanti!

Dari Meja Pengarang,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: