Penyedia Katering & Pakej Perkahwinan Lengkap – Kedah & Pulau Pinang

KATERING PERKAHWINAN

(BUAT MASA INI PERKHIDMATAN KAMI HANYA MELIPUTI KAWASAN KEDAH IAITU DARI SG.PETANI, LUNAS, PADANG SERAI, BALING, KUALA KETIL, KULIM & BANDAR BAHARU KE SELURUH NEGERI PULAU PINANG & PERAK UTARA – PARIT BUNTAR, BAGAN SERAI, TAIPING)

PENYEDIA KATERING PERKAHWINAN DI PULAU PINANG & KEDAH

Sri Gamelan Catering & Event Management

MASIH TERCARI-CARI KATERER UNTUK MAJLIS ANDA?

Izinkan kami membantu menyelesaikan masalah anda hari ini! Kami ingin menawarkan kepada anda :

  • Hidangan Enak Pelbagai Pilihan
  • Penyediaan Makanan Ala Hotel
  • Kemas, Menarik & Eksklusif
  • Berpengalaman – Perkahwinan, Jabatan Kerajaan, Korporat, Santapan Di Raja

Tampilkan kelainan di majlis anda bersama kami!!

Dapatkan Pakej Lengkap Katering dari kami dengan aneka pilihan masakan dan sajian untuk anda semua. Jaminan harga & bajet yang paling berpatutan serta kompetetif tidak kira apa jua majlis yang anda inginkan..kami bersedia untuk memberikan kualiti perkhidmatan & sajian yang terbaik buat anda!

Di Sri Gamelan, kami amat menitikberatkan soal kebersihan & kualiti perkhidmatan yang kami sediakan. Justeru itu kami sememangnya sentiasa memastikan semua makanan yang disajikan adalah segar dan HALAL. Tidak kira apa jua pakej yang menjadi pilihan anda, kami akan memberikan komitmen 200% agar majlis anda berjalan dengan lancar & sempurna! Kami telah pun berpengalaman mengendalikan katering majlis perkahwinan sehingga 6000 orang.

Sekiranya pakej yang anda inginkan tiada dibawah ini silalah berhubung dengan kami untuk berbincang mengenai segala keperluan anda. Kami juga turut menyediakan PAKEJ CUSTOM mengikut kehendak & keperluan yang diingini.

 

PAKEJ KATERING PERKAHWINAN 2014-2015

(Sila klik pakej dibawah untuk perbesarkan)

UNTUK TEMPAHAN KURANG @ LEBIH DARI 1000 PAX SILA HUBUNGI KAMI BAGI MENDAPATKAN SEBUTHARGA TERBAIK BUAT ANDA.

PAKEJ KATERING BAJET 2014

PAKEJ KATERING JIMAT 2014

PAKEJ KATERING KHEMAH 1 2014

PAKEJ KATERING KHEMAH 2 2014

PAKEJ KHEMAH 3 SRI GAMELAN

PAKEJ KATERING DEWAN EKONOMI 2014

PAKEJ KATERING DEWAN MAHKOTA 2014

PAKEJ DEWAN BERLIAN SRI GAMELAN

Pakej Khemah Mahligai

PAKEJ KHEMAH ALL IN ONE 2014

Pakej Dewan Kayangan

PAKEJ DEWAN ALL IN ONE 2014

UNTUK TEMPAHAN KURANG @ LEBIH DARI 1000 PAX SILA HUBUNGI KAMI BAGI MENDAPATKAN SEBUTHARGA TERBAIK BUAT ANDA.

UNTUK PERTANYAAN & TEMPAHAN SILA HUBUNGI KAMI : 013-454 9595

ATAU

GUNAKAN BORANG YANG DISEDIAKAN DISINI

 

 

Tajuk

  • Kami amat mementingkan KUALITI dalam perkhidmatan & justeru itu kami akan memastikan apa yang kami berikan kepada anda hanya yang TERBAIK!
  • Kami menawarkan pelbagai GANJARAN ISTIMEWA sebagai penghargaan kami buat anda!
  • Kami TIADA BAYARAN TERSEMBUNYI atau terselindung! Malah kami turut memberikan khidmat pembersihan percuma selepas majlis!
  • Kami menyediakan khidmat KONSULTASI majlis bermula dari pembayaran deposit sehinggalah ke akhir majlis bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Kami akan berikan anda komitmen sepenuhnya tidak kira majlis anda kecil atau besar!
  • ‘FOOD TEST’ Percuma disediakan sebelum anda membuat tempahan. (Untuk 600 pax ke atas shj)
  • Kami adalah katerer yg telah pun BERPENGALAMAN mengendalikan majlis perkahwinan sehingga 6000 orang!
  • Kami turut menawarkan INSENTIF selepas majlis yang membolehkan anda mendapatkan kembali modal majlis anda & menjana keuntungan berterusan!

Silalah berhubung dengan kami pada bila-bila masa sahaja untuk berbincang lebih lanjut bagaimana kami dapat membantu bagi merealisasikan majlis impian anda dengan cara yang terbaik & dgn nilai yang lebih berbaloi!!

Benefits

Tajuk

Maklumat pembayaran adalah seperti berikut :

  • BOOKING TARIKH

Deposit 10% dari jumlah harga pakej @ minimum RM500 (yg mana tertinggi)

* Bayaran deposit tidak akan dikembalikan sekiranya anda membatalkan tempahan selepas 1 minggu dari tarikh tempahan anda diterima.

  • BAYARAN KEDUA

70% dari jumlah harga pakej (selewatnya 1 bulan sblm majlis)

  • BAYARAN AKHIR

Baki 20% diselesaikan 1 minggu sebelum majlis

** Semua tempahan akan disertakan INVOIS & setiap bayaran anda yg kami terima akan diberikan RESIT.

KAEDAH BAYARAN

  • Bayaran boleh dibuat secara TUNAI
  • Untuk bayaran secara ‘CHEQUE’ sila tuliskan nama penerima sebagai – SRI GAMELAN ENTERPRISE
  • Bayaran juga boleh dibuat secara BANK-IN / INTERNET BANKING ke akaun CIMB – SRI GAMELAN ENTERPRISE. Sila hubungi kami untuk mendapatkan No. Akaun.

Sekiranya anda membuat bayaran melalui ATM atau INTERNET BANKING sila pastikan anda memaklumkan maklumat pembayaran anda dgn menghantar SMS ke : 013-454 9595

** Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya tempahan anda tiada dalam rekod kami disebabkan kecuaian yg berpunca dari anda.

Tajuk 

Majlis saya akan dibuat di Alor Setar, adakah pihak katering boleh ke sana?

  • Boleh..untuk tempahan luar kawasan minimum tempahan adalah 100 pax & caj pengangkutan tambahan akan dikenakan.

Macam mana nak buat ‘Test Food’?

  • Sila berikan Nama anda, Alamat majlis, Tarikh majlis, Bilangan tetamu & Pakej pilihan anda dgn menggunakan borang yg disediakan di ruangan Hubungi Kami atau telefon ke : 013-454 9595. Kemudian sila pilih menu pilihan anda, 1 jenis setiap satu & maklumkan kpd kami. Pihak kami akan tetapkan tarikh yg sesuai untuk perjumpaan & anda perlu datang ke pejabat kami di Alma untuk sesi Test Food. Sekiranya anda ingin bawa balik / ‘Take away’ sedikit caj tambahan akan dikenakan untuk tupperware. Test Food adalah disediakan PERCUMA untuk tempahan 600 pax ke atas sahaja.

Bila masa yang sesuai untuk saya buat tempahan? Adakah pihak katering terima tempahan ‘Last Minute’?

  • Jika majlis anda dibuat pada musim cuti persekolahan, adalah baiknya anda membuat tempahan 4-6 bulan sebelum majlis. Sekiranya majlis anda bukan di waktu puncak (Peak Hours) tempoh 3-4 bulan sebelum adalah yg terbaik. Bagi tempahan saat akhir, kita perlu lihat keperluan majlis anda terlebih dahulu & sekiranya ada kekosongan pihak kami masih boleh menerima tempahan anda.

Untuk Pakej Dewan, adakah sewaan dewan sudah termasuk sekali?

  • Pihak kami tidak menawarkan dewan, sewaan dewan atau khidmat menempah dewan untuk perkahwinan. Penyediaan dewan perlu dilakukan sendiri oleh pihak tuan rumah. Pakej yg disediakan adalah tidak termasuk sewaan dewan.

Macam mana saya nak tahu berapa bilangan makanan yg patut saya tempah?

  • Ianya bergantung pada berapa banyak kad yg telah diedarkan & termasuk jemputan melalui FB, secara lisan dsb. Anda jumlahkan secara kasarnya ke semua sekali & di darabkan dgn 2. Contoh : {Kad kahwin dah diedarkan 500 kpg + Jemputan melalui FB 100 + Jemputan secara lisan dsb 50} x 2 = 1300 orang. Kemudian anda tambah pula dgn 5% – 10% tetamu luar jangkaan. Jadi jumlah tempahan makanan yg dicadangkan di ambil adalah sebanyak 1400 pax. (Pengiraan ini hanyalah cdgn & tak semestinya tepat – sila bincangkan sebaik-baiknya bersama keluarga anda terlebih dahulu)

Sekiranya saya ambil pakej katering khemah, bilakah khemah akan dipasang & susun atur kerusi meja dibuat?

  • Pihak kami akan memasang khemah seawalnya 2 hari sebelum majlis & selewatnya 1 hari sebelum majlis. Kami amatlah menggalakkan agar anda memaklumkan kpd jiran-jiran anda tentang pemasangan khemah sekiranya anda tinggal di taman perumahan untuk melancarkan lagi kerja-kerja pemasangan dilakukan nanti.
  • Kerusi & meja tetamu, meja buffet serta meja makan beradab akan disusun lebih awal iaitu pada sebelah malam sebelum kenduri antara jam 8pm – 11pm untuk mengelakkan keadaan kelam kabut keesokan harinya. Sekali lagi sila pastikan anda memaklumkan kpd jiran tetangga supaya segala persiapan majlis boleh berjalan dgn lancar.

Majlis saya dibuat di dewan, jadi bilakah pihak katerer akan datang untuk setup segala kerusi, meja dsb?

  • Untuk di dewan pula sila pastikan apabila anda menyewa dewan anda turut memaklumkan kpd pihak yg menyewakan dewan untuk membenarkan pihak katerer menghantar segala peralatan & kelengkapan seawal jam 5 petang @ selewatnya jam 8 malam 1 hari sebelum majlis berlangsung.  Contoh : Majlis anda pada hari Sabtu, jadi anda perlu memaklumkan kpd pihak yg menyewakan dewan utk membenarkan pihak katerer menghantar segala kelengkapan majlis pada hari Jumaat seawal jam 5 ptg @ selewatnya jam 8 malam. 
  • Bagi dewan yg hanya membenarkan penghantaran barang & susun atur dibuat selepas jam 11 malam, caj tambahan sebanyak RM200 akan dikenakan kpd pihak pengantin bagi menanggung kos tambahan utk bayaran pekerja.
  • Anda perlu memastikan susun atur boleh dibuat 1 hari sebelum majlis dgn memaklumkan perkara tersebut kpd pihak yg menyewakan dewan. Caj tambahan sebanyak RM500.00 akan dikenakan sekiranya susun atur hanya boleh dibuat pada sebelah pagi hari majlis oleh kerana kami terpaksa membawa pekerja tambahan dsb.

Dewan yang saya sewa tu dah ada siap dengan kerusi & meja..jadi apa yang saya perlu tahu?

  • Sekiranya dewan yg anda sewa itu telah pun mempunyai kerusi & meja yg cukup, sila pastikan pihak dewan mengeluarkan meja tersebut & meletakkannya di dalam dewan pada jam 5 petang 1 hari sebelum majlis utk pihak katerer gunakannya nanti. 
  • Anda juga perlu memastikan dgn pihak yg menyewakan dewan selewatnya 1 minggu sebelum majlis, sama ada mereka membenarkan pihak katerer utk melekatkan kain/skirting di keliling meja mereka menggunakan ‘staples’ atau pun tidak. Sekiranya tidak dibenarkan maka pihak katerer akan membawa meja sendiri & caj tambahan sewa meja akan dikenakan kpd pihak pengantin mengikut bilangan meja yg akan digunakan.

Kalau saya tempah makanan sebanyak 1000 pax, ada bagi extra tak?

  • Bagi setiap tempahan, pihak kami menyediakan 5% makanan extra. Contoh – Ayam 1000 pax x 5% = 50 ketul extra & sama juga untuk makanan-makanan lain.

Jika makanan yg ditempah tak cukup/habis lebih awal, adakah pihak katering boleh memasak lauk tambahan?

  • Bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, adalah dicadangkan pihak tuan rumah turut menempah/menyediakan juga makanan tambahan spt Bubur, Bihun Sup, Laksa dsb utk menjamu terlebih dahulu tetamu yg telah hadir bagi menggantikan lauk yg telah habis.
  • Kami tidak membawa /menyediakan peralatan memasak di tempat majlis, oleh itu sekiranya pihak tuan rumah perlukan lauk tambahan, kami akan cuba sedaya upaya utk dapatkan dari kedai-kedai yg terdekat dgn bayaran dr pihak tuan rumah sendiri.
  • Sekiranya anda memerlukan team memasak ‘standby’ di tempat majlis sila maklumkan lebih awal selewatnya 3 hari sebelum majlis kpd kami. Sedikit caj tambahan akan dikenakan.
  • Walaubagaimanapun sekiranya majlis anda berada tidak jauh dari Alma, (tidak lebih dari 30km dr Alma) kami boleh menerima untuk memasak lauk tambahan yg diperlukan.

Macam mana pula kalau sekiranya terjadi makanan yg disediakan pihak katering rosak semasa majlis atau menyebabkan keracunan?

  • Pihak kami akan menggantikan semula makanan yg rosak dgn makanan lain yg bersesuaian & akan memulangkan keseluruhan harga bagi lauk yg rosak tersebut.
  • Bagi keracunan pula, sekiranya dapat dipastikan & disahkan keracunan adalah disebabkan makanan kami, maka kami akan memulangkan keseluruhan wang anda.

Majlis saya bermula jam 11.00 pagi oleh kerana ada tahlil, jadi pukul berapa pihak katering akan sampai?

  • Krew kami biasanya akan tiba di tempat majlis 2 jam lebih awal & makanan pula akan tiba 1 jam sebelum majlis bermula.
  • Sekiranya anda ingin memulakan majlis lebih awal dari jam 12 t/hari sila maklumkan kepada kami untuk kami aturkan semula jadual kami.

Bagaimana pula sekiranya meja & kerusi tak cukup oleh kerana kedatangan tetamu yg terlalu ramai dlm satu masa?

  • Kami amat menggalakkan pihak tuan rumah mengambil meja & kerusi tambahan apabila membuat tempahan sebagai persediaan sekiranya tetamu datang terlalu ramai dalam satu masa.
  • Sediakan sudut melepak/bersembang berasingan bagi tetamu yg sudah selesai makan yg ingin berbual dgn rakan agar tidak duduk terlalu lama di meja makan yg disediakan & memberi peluang kpd tetamu yg baru sampai utk makan.

Sekiranya ada makanan yg lebih setelah selesai majlis, apa yg pihak katering akan buat?

  • Pihak tuan rumah perlu sediakan bekas utk kami isikan dgn semua lauk yg lebih. Pihak kami tidak akan membawa balik apa jua makanan yg lebih & semuanya akan diberikan kpd tuan rumah.

Pembersihan selepas majlis tu macam mana?

  • Pembersihan selepas majlis hanya dilakukan di kawasan tempat majlis berlangsung sahaja & pihak tuan rumah perlu menyediakan peralatan kebersihan yg bersesuaian.
  • Majlis di dewan – kami akan bersihkan kawasan berlangsungnya majlis cth bahgn dalam dewan. Pembersihan tak termasuk mop semula lantai dewan. Segala sampah dr sisa makanan akan di bungkus & dibuang oleh pihak kami.
  • Majlis di rumah – pembersihan hanya di bawah khemah & tempat pencucian. Segala sampah dr sisa makan akan di bungkus & dibuang oleh pihak kami.

Setelah majlis saya selesai bilakah khemah, kerusi & meja akan dibawa keluar?

  • Kerusi & meja yg digunakan semasa majlis akan dipunggah & disusun di satu sudut. Pihak kami akan mengeluarkan semua barangan tersebut pada keesokan harinya atau selewatnya 2 hari selepas majlis.
  • Manakala utk peralatan sajian, pinggan mangkuk dsb, semuanya akan dibawa balik pada hari yg sama iaitu selepas majlis anda selesai. 

 Adakah harga yg ditawarkan masih boleh dirunding?

  • Harga yg kami tawarkan adalah harga terbaik yg dapat kami berikan & adalah tetap. Walaubagaimanapun kami ada menjalankan promosi dari masa ke semasa yg membolehkan anda menikmati pelaburan yg lebih berbaloi.

Berapa orang pekerja yg disediakan untuk majlis?

  • Bergantung kepada kuantiti tempahan. Contoh : 1000 pax – 12 hingga 14 org pekerja.

Kek yg diberi dalam pakej jenis macam mana & boleh buat design sendiri tak?

  • Kek yg dibekalkan dalam pakej adalah dari jenis buttercream & design kek sudah pun disediakan. Sekiranya ingin membuat design sendiri caj tambahan akan dikenakan.

Masih ada persoalan yg merungsingkan kepala anda? Hubungilah kami untuk bertanya lebih lanjut..

UNTUK PERTANYAAN & TEMPAHAN SILA HUBUNGI KAMI : 013-454 9595

ATAU

GUNAKAN BORANG YANG DISEDIAKAN DISINI

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 865 other followers

%d bloggers like this: