Penyedia Katering & Pakej Perkahwinan Lengkap – Kedah & Pulau Pinang

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Untuk hari ni saya nak kongsikan cerita berkenaan WARNA. Terutamanya bagi orang pompuan yang nak memilih baju pengantin tu. Musim kenduri kahwin pun dah semakin hampir..mesti ramai yang menempah baju kahwin sekarang ni. Tapi agak-agaknya nanti nak pakai baju kaler apa ye? Haa..kalau anda masih confuse..ragu-ragu..tak tau nak buat keputusan lagi..mungkin boleh dapat sikit IDEA dari panduan di bawah ni.

Pemilihan warna yang sesuai untuk baju pengantin

“Keajaiban warna ini telah dikaji oleh ahli fizik, ahli psikologi dan juga ahli psikik..”

Ahli fizik mengatakan warna adalah “Getaran..”.
Ahli psikologi mengatakan warna merupakan satu bentuk “Terapi” .
Ahli psikik mengatakan warna dikaitkan dengan “Tenaga”..

Terdapat beberapa rahsia disebalik warna yang dapat menjadikan anda kelihatan lebih anggun mempersona di majlis perkahwinan anda nanti..

  • Kaji warna di mata anda.. Anda hanya perlu berdiri dibawah sinaran lampu (berdiri dibawah cahaya matahari adalah lebih baik) dan perhatikan warna mata anda. Kebanyakkan individu mempunyai lebih daripada satu warna di mata. Kenalpasti warna dominant pada mata anda.. Warna itu adalah warna yang paling sesuai untuk dipadankan dengan pakaian anda dan warna itu paling hampir dengan warna kulit anda.. Bila anda memakai “colors in your eyes” si dia akan terpukau.. they are also mesmerized by your presence.. Dengan memakai warna tersebut anda akan berasa lebih bersemangat dan bertenaga serta mampu membuat orang disekeliling anda mempercayai anda..

Warna mata anda mempengaruhi warna pakaian anda

  • Hati-hati dengan warna putih..pastikan anda tahu bagaimana untuk mengayakan pakaian yang berwarna putih.. Putih adalah warna yang sangat popular untuk t-shirt dan kemeja tapi anda perlu berfikir dua kali sebelum anda mengayakannya.. Sesetengah individu kelihatan menarik bila mengenakan pakaian berwarna putih.. Apa yang anda perlu pastikan ialah warna gigi dan mata anda.. Jika mata dan gigi anda tidak seputih pakaian anda, ini akan membuatkan gigi dan mata anda kelihatan kuning..Untuk berada dalam keadaan selamat, anda hanya perlu memakai pakaian yang berwarna “oof-white”. Bagi anda yang mempunyai kulit yang pucat, “off-white” amat sesuai dengan anda..

Pemilihan Warna Baju Pengantin

  • Warna merah membuat anda kelihatan seperti ingin menjerit kemarahan tapi dari sudut lain menampakkan warna ghairah.. Sesetengah individu akan terserlah jika mengenakan warna ini jika mereka mempunyai kulit yang gelap dan rambut yang berwarna gelap.. Warna ini sangat terang untuk digayakan dan sekaligus dapat menampakan ketidaksempurnaan yang ada pada anda. Untuk kepastian letakkan pakaian berhampiran muka anda dan bandingan. Kurangkan warna merah dan pilih mana yang terbaik. Wearing a bright red blouse could make the difference of ten years on your face.

Tips Pemilihan Warna Baju Pengantin

  • Dengar apa orang sekeliling komen. Cuba ingat kembali warna apa yang anda pakai ketika seseorang memuji anda. Sebenarnya mereka memuji bukan kerana baju tetapi kerana warna yang anda pakai itu amat sesuai dengan kulit anda. Apabila warna sesuai dengan warna kulit, anda akan lebih menyerlah..

Tips pemilihan warna baju pengantin yang sesuai

 

  • Warna merah, pink adalah warna yang membangkit semangat ghairah anda. Warna coklat, kelabu dan putih membuatkan anda kelihatan sejiwa. Warna hijau dan biru membuatkan anda kelihatan tenang dan tidak terancam. Warna kuning dan jingga membuatan anda nampak ceria dan terang. ahli astrologi mengatakan bahawa warna perang (gold) mampu membuatkan anda kelihatan tenang, nampak semulajadi dan bertenaga. Warna perak (silver) mampu membuatkan anda kelihatan menarik jika dipakai masa malam jika mempunyai outside events.

Pilih warna baju yang dirasakan sesuai

So macam mana? Harap-harap ianya dapat membantu anda serba sedikit…

Pilih warna baju pengantin yang sesuai dengan kulit anda

 

SEKILAS PANDANG

“Hari ini kita dikejutkan dengan gempa bumi yg berlaku di Aceh..agak kuat jugak dgn skala 8.7. Boleh kata banyak jugak negeri di Malaysia ni yg turut merasai gegarannya terutamanya di Pulau Pinang ni. Amaran tsunami juga dah dikeluarkan mengatakan akan melanda Georgetown & Port Dickson diantara jam 9.11 pm – 2.00 am.

Walaubagaimanapun amaran telah ditarik semula setelah didapati keadaan beransur reda. Jadi, dikesempatan ini marilah kita sama-sama mendoakan agar kita semua dijauhkan dari segala bencana..mudah-mudahan kita diberikan kekuatan untuk menghadapi apa jua ujian dari-Nya.”

Doa Untuk Kesejahteraan Semua Umat Islam

*P.S : Bagi mereka yg masih belum membuat tempahan katering perkahwinan dsb bolehlah menghubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej-pakej yg kami sediakan buat anda! Harga terbaik ditawarkan!!

About these ads

Comments on: "TIPS BAGAIMANA MEMILIH WARNA BAJU PENGANTIN YANG SESUAI" (13)

  1. Salam nk tnye kale yg ssuai utk sy yg brklt agk gelap n bakal husband yg brkulit cerah..tggi sy lbh krg 157cm n die 166cm..ssuai x lau pilih warna nude n grey?tq..

  2. assalam..sy akn melangsungkan perkahwinan, insyaAllah…sy ada mslh dlm mencari wrna baju yg sesuai…sy rsa sy gelap, kwn2 kata sy xgelap sgt..sawo matang…wrna ape yg sesuai..sy suka warna biru lembut / turquoise boleh bg link x wrna ape yg sesuai dgn sy? :( peach sesuai ke dgn sy? tq

  3. kalau kulit berwarna kuning langsat..agak2 nya warna apa yg sesuai?..saya bercadang untuk warna (putih+pink),(coklat gelap) & (merah+hitam)..saya pernah mengunakan bju berwarna ini..apabila saya memakai nya..kulit saya kelihatan cerah & putih..saya mahu apabila perkahwinan saya nnt..saya kelihatan cerah & putih..agak2 nya sesuai x wrna yg saya cadang kn ini?..

    • Warna yg dicadangkan tu mungkin menjadikan awak nampak cerah..tapi cuba elakkan warna coklat gelap utk guna di majlis nanti. Selain tu mungkin saudari boleh cuba warna yg mempunyai tona biru/biru lembut..warna biru akan menjadikan saudari nampak lebih berseri2 & penuh keayuan! :-)

  4. salam…sya nk tnya pemilihan warna yang ssuai sebb bakal suami sya kulit dia agak sedikit gelap..n sya berkulit sawo matang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 865 other followers

%d bloggers like this: